Monday, 14 July 2014 • 07:39 • 5 comments
In the name of Allah the most gracious and most merciful.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Rasa lama sangat dah tak menaip. Rasa dah beku darah kat otak. *ohokss auta dooee
Okey, sejak habis sekolah ni rasa macam dah besar sangat. Rasa macam kakak-kakak sangat. Rasa macam dewasa sangat. Rasa macam akulah orang paling matang dan orang paling boleh kawin. *ni kes suka main kawin-kawin dari darjah 1
Bila dah rasa matang tu, aku baru sedar yang aku bukan masih budak berusia tiga bulan yang tahu menangis, minta susu, belajar meniarap. TIDAK SEMUA TU! dan kini, barulah aku rasa betapa beratnya tanggungjawab aku sekarang ni. Barulah aku tahu betapa berat amanah Allah bagi kat aku sekarang ni. Barulah aku tahu ujian yang Allah bagi bukan untuk kita meraung mengilai macam orang bodoh tiada ilmu lepas tu bunuh diri. Sungguhkan, kau sangat menyusahkan polis, doktor, dan seangkatannya. *nauzubillah. Moga Allah jaga aku, kau, dan kamu
Waktu aku menaip ni, aku baru berganjak ke umur 20tahun 4hari.
Kau tahu, dulu waktu aku Darjah 6, akulah orang taksabar nak masuk sekolah menengah sebab sekolah menengah kan satu sesi je. Macam sekolah rendah ni dah la pagi petang. Kalau aku masuk Form 1, at least boleh la pagi tu aku sambung tidur keen? HAHAHA sebab aku memang kaki tidur. HAHAHA . Lepas dah masuk sekolah menengah akan ada satu perasaan yang menerjah disanubari bila rasa dah taksabar nak habis sekolah nak masuk Universiti pulak. Yelaa, kau bayangkanlah baju kurung tiap hari bertukar. Boleh makeup. Boleh pakai sandle. Lepas tu belajar guna laptop. Macam bergaya pergi kelas bawa fail di sisi. *ececehh aku jenis orang memang taktahu sabar dengan peredaran masa
Mungkin waktu tu aku fikir yang baik je yang manis je yang indah je. Memang langsung aku tak fikir yang negatif. hmmm baik sangat!
Dan cerita sebenarnya aku nak cakap, selama aku habis sekolah ni. Allah bagi rezeki kat aku. Aku dapat peluang mengajar. Dalam mengajar tu aku dapat peluang basuh muntah budak. Aku dapat peluang urus kulit kepala budak yang terkoyak ke klinik. Aku terkadang rasa macam mak-mak yang terpekik terlolong suruh anak-anak duduk diam jangan lari-lari lepas tu suruh mengaji. ya Allah. Bukan mudah mendidik budak yang ada 400++ orang kat sekolah tu. tapi bila ikhlas kerana Allah, walaupun payah aku tetap cuba tersenyum. Aku tetap cuba perbaiki diri dari hari ke hari.
Kalau nak kata ujian, dugaan tu, memang takpernah habis. Kadang-kadang, dah selesai satu masalah, akan ada masalah lain yang datang. Kadang-kadang, bila satu masalah ni takhabis lagi, datang lagi masalah lain. Rasa tersepit pintu kepala aku ni. Rasa kena tindih dengan peti ais. Tapi sebab aku kerja ni di keliling dengan orang yang dah berkahwin, jadi banyak laa dalam diam aku belajar macam mana nak uruskan masalah macam ni macam tu macam macam lahh. Bila duduk sembang-sembang banyak ilmu yang aku dapat yang aku rasa takada pon dalam buku.
Okeylah. cuma aku rasa hidup ni bukan orang jahat je yang diuji. Allah dah kata, orang yang beriman pon akan Dia uji. Berat yang macam mana pon yang kau rasa kena hempap hempap dengan BigShow ke Undertaker ke Randy Orton ke kan , kau takyah mengeluh panjang sangat. Kau takyah nak meroyan terjerit jerit cakap Allah taksayang kau. *peehhh aku dulu suka tengok wrestling sebab tu hapal nama depa dan sekarang baru nak belajar lemah-lembut. Kau tahu disaat kau disapa ujian, Allah selalu jenguk-jenguk kau. Sayang weyhh Allah kat kau.
Ntahh laa. Aku menulis sebab aku nak pujuk hati aku. Aku menulis sebab aku nak ingatkan kat diri aku jugak ujian yang Allah bagi sekarang untuk dijadikan pengajaran aku untuk masa depan. Ujian yang kadang-kadang rasa taksesuai dengan umur aku tapi aku tengah rasa. Yes! Allah pilih aku. Kata nak kawin! HAHA.
okeylah. ada masa aku taip lagi. Jaga diri. Ujian itu tarbiyah ye sanak saudara :) sayang kata nyaaa
Aku takmengharap yang sempurna dalam hidup. Cuma mengharap dapat dibimbing ke jalan menujuNya. 26 hari lagi. :)
|
|