Young Caliph
Dari Sahabat kepada sahabat .
Thursday, 21 August 2014 • 07:37 • 0 comments

In the name of Allah the most gracious and most merciful.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.


i dedicate this post to my beloved friend, Ariffa .

memandangkan sorang sahabat ini dalam langkah untuk membina baitul muslim ,jadi tiada apa selain kata syukur kepada Rabb, moga Allah permudahkan urusan kalian. Perkahwinan ini bukan saja menyatukan dua insan yang saling mencintai antara satu sama lain, menghalalkan sesuatu yang sebelumnya haram, bahkan lebih daripada itu . Baitul muslim in juga menetukan nakhoda rumah tangga ini sama ada ke syurga ataupun neraka. 

setiap kali ujian datang menjenguk. still boleh berfikir positive. ujian-ujian kesedihan, musibah lebih membawa kita dekat dengan Tuhan. terkadang bicara-Nya lebih mudah difahami berbanding ketika kita dilimpahkan nikmat. 'Masa sedih ingat Allah, masa senang, WAJIB juga ingat Allah' tapi mostly kita lupa dan lupa kepada Dia bila kita gembira. Gembira juga satu ujian. Dan dalam kebimbangan, selitkan keyakinan bahawa Allah itu kan Maha Mendengar? kita punya Allah dan itulah kekuatan kita. Jadi aku mohon sepanjang lewat-lewat hari yang kau lalui ini, kau tabah dan sabar . Kuatkan semangat ! jangan selalu rebah. 

okey betulkan tudung, puas dah ceramah kat budak kecik ni. Actually tak tahu nak cakap ape sebab bukan blog sendiri. first thing first, buat masa ini persiapkan diri dulu mana yang tidak siap lagi. solat-solat sunat jangan tinggal supaya di beri kekuatan untuk menghadapi tempoh yang dikatakan tempoh " perkenalan " atau "suai kenal " . tapi harus di ingatkan juga matlamat tidak menghalalkan cara . moga masih mampu untuk menjaga batas selagi belum bergelar zauj dan zaujah . yang kedua, jadi isteri solehah ye. jangan melawan ! ha , ingat ni ... HAHA , awok ni nakal lebih sikit . kurang-kurangkan sikit ye, kalau tak saya suruh bakal Inche Suami babap awok. HAHA . Sila belajar memasak . kalau tak siapa nak hidangkan makanan untuk saya kalau saya datang rumah awak ? takkan roti cicah air teh ? kene lah bagi high class sikit kan kat orang bujang. ngeh ngeh ngeh. Kalau diberi peluang untuk sambung belajar , grabb peluang tu dan jangan lepaskan. tuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. ingat tu .

eh. speechless la.kalau blog sendiri boleh la aku merepek-merepek macam jiwang-jiwang ke bagaikan . blog orang lain ni macam limited sikit. by the way , ini je mampu aku editkan blog awok. Kalau ade yang tak suka or tak puas hati boleh la bagitau awal-awal sementara tak ada assignment , quiz dan test dan macam-macam lagi.


Nah ,
puisi untuk kamu Ariffa ,
Andai aku sering menjauh,
panggil aku ,
supaya terus rapat dengan kamu.
Andai aku terlalu cenderung dengan duniawi,
ingatkan aku dengan ukhrawi .
kerna aku tidak pernah sempurna ,
bila berdiri di depan mata kamu .
pasti ada yang kurang.

anugerah bagi aku mengenali kamu.
syukur dan bahagia .
tetapi bukan bahagia itu yang mewujudkan rasa syukur,
sebaliknya syukur itulah yang mewujudkan rasa bahagia.

saya takde gambar sorang sorang . so ni jela . tatap sampai mimpi indah. KAHKAHKAH,

untuk segenap penjuru hidup, bahkan dalam hal-hal yang terkecil sekalipun, bagaimana segala ruang lingkup hidup kita wujudkan rasa-rasa yang bikin kita merasa itulah bahgia.
selalu percaya, Tuhan menentukan tiap garis takdir kita dengan cinta dan kasih sayangNya, yang kadangnya kita merasa itu luka tapi sebenarnya itulah—cinta.
 Semoga engkau menyubur. menggerakkan amal yang bersungguh-sungguh karena Tuhan.

Salam Sayang,
Intan Syazwani :)



Aku tak kuat,tetapi aku bertuhankan Allah yang Maha Kuat. Aku yakin semua akan nampak indah , kalau hati meredhai. kerana yang indah itu ada pada hati yang bersyukur.

Diary About Link Stuff




Template By: Umi Humaira
Big helped: Intan
Owner: Ariffa