Young Caliph
PEPIAS oohh PEPIAS, Ohseemmm !
Tuesday, 4 February 2014 • 21:17 • 8 comments

Bismillahirahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Assalamualaikum dan Salam Mahabbah.

Sebelum kau baca lebih lanjut, mari kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Penulisan kali ni, aku terpanggil untuk menceritakan tentang PEPIAS yang mana sudah membuatkan aku jatuh hati dengan pengisian yang ada dan membuatkan aku lebih kenal dengan Maha Pencipta.

Okey, aku mulakan dengan memanjatkan kesyukuran pada sang maha Khaliq yang mana telah menjadikan PERSATUAN PELAJAR ISLAM SELANGOR (PEPIAS) sebagai medium untuk aku berubah dan mengenali dengan lebih dalam tentang ukhwah dan tarbiyah. Allahu. Tunduk malu pada sang Illahi betapa besar kekuasaanMu dan kerdilnya aku di sisiMu, Tuhan.

Aku join PEPIAS ni dari hujung Tingkatan 3 lagi. *Woowww..Lamanyaa. tutup mulut jangan wow lama sangat. Okey, aku ingat lagi akak senior sekolah, Kak Yusro Hamamah, ajak pergi Muktamar Tahunan PEPIAS dekat Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dekat Bangi. Beliau siap bagi tentatif program. Dan yang membuatkan aku nak pergi pon sebab kat situ tertulis ada ANNUAL DINNER. HAHA. aku bab makan memang pantang dan sangat pantang dan memang pantang. Jadi aku pun ajak lah ramai-ramai kawan aku. Najihah, Putri, Amalina. Tapi, 3 orang ni je yang terbuka hati bila aku memujuk untuk pergi. HAHAHA. Kesian aku punya kredit.

Okey, samai situ je aku nak cerita macam mana aku boleh kenal PEPIAS. HAHA

Apa yang aku nak cerita ni lebih kepada kenapa aku terlalu sayang sangat dengan PEPIAS ni. Sampai ada orang kata apahal aku ni taksub sangat degan PEPIAS. Bukan lah taksub, tapi kau tak rasa rare ke bila kau sayang seseorang yang boleh dekatkan kau dengan Allah. Giler tak rare?

Tulah bermula cerita aku dekat PMG12 sebenarnyaa… sebab waktu Tngkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5 aku tak sayang sangat dengan PEPIAS ni. Biasa-biasa je kodd. Hati takterbuka sepenuhnya untuk berubah kepada kebaikan. Astaghfirullahal’azim. Mood bebudak sekolah lagi tahu nak seronok je. Macam tulah jadinyaa.

Mula-mula, aku dulu bukanlah seorang yang pakai stoking dan armsock bila kat luar. Pakai stoking pon bila kat sekolah jee. Tinggal kat asrama, pergi dewan makan pon takpakai stoking. Sampai pernah sorang kawan aku ni, dah la lelaki, dia tanya dekat aku dan beberapa orang kawan aku, “eh, korang ni kenapa takpakai stoking?” jawapan kami “kitorang belum dapat hidayah” astahgfirullahal’azim. Aku rasa sangatsangatlah jahil waktu tu. Tapi, bila aku join PMG12 tu, mata lebih suka menilai dan Alhamdulillah, hati mula terbuka. Terlintas dalam hati, sampai bila aku nak jadi macam ni? Macam mana nanti pengakhiran hidup aku ni? Dalam iman atau laknat Allah?

Lepas tu aku suka sangat tengok akak-akak PEPIAS ni, macam Kak Yusro, Kak Aida Muslihah, Kak Susi, dan ramai lagi…. Takterbilang. Bertudung labuh litup. Ayu jee. Lebih sopan dan santun. Sangat-sangat mengikut kehendak syarak’ pemakaian mereka ni. Dari situ hati aku mula dijentik rasa insaf untuk berubah. Betullahh kan, hidayah Allah tu bukan datang bergolek. Hanya pada hamba yang Allah nak je kan!

PMG12 bukan sahaja cakap pasal kau masuk U, kos ni sesuai dengan kau, kos ni yang bagus kau ambil. U ni yang patut kau mohon. Dan bla blaaa blaaaaaaaa.. bukan,bukan dan bukan. tapi, dengan PMG nilah, aku lebih tahu tugas dan tanggungjawab aku sebagai seorang HAMBA, KHALIFAH, dan juga, DA’E. MasyaAllah. Dari situ aku mula berubah sikit-sikit, mula mula biasakan diri pakai stoking. Dah terbiasa, jinakkan pulak dengan pakai armsock.. Alhamdulillah. Lama-lama, aku cuba berpakaian, dengan pakaian yang boleh sekali untuk aku buat dalam solat. Fahamkan maksud aku ni.? Serious berseronok dalam ketaqwaan sangatlah seronok. Alhamdulillah. Moga Allah redha akan aku dan kalian semua.

Okey aku nak jelaskan kat sini, ada sesuatu yang ingin aku sentuh di sini. Ia bukanlah sesuatu benda yang negatif mahupun jahiliyyah yang sangat teruk, tetapi kalau tidak diperingatkan dan dibersihkan mungkin akan menjadi asbab pula kita meninggalkan jalan dakwah ini. Aku menulis untuk aku.

Tentang sebuah ukhuwah.

Tujuan sebenar kita berada di medan dakwah dan tarbiyyah ini bukan hanya ukhuwah. Bersihkan niat kita dalam menapaki jalan ini, kerana sesungguhnya, akan tiba satu masa Allah akan uji, atas pegangan apakah kita berada di sini. Andai saat itu yang tercicir dari gerabak dakwah ini adalah kerana ukhuwah yang rabak dan lompong, maka seharusnya kita istighfar dan perbetulkan semula niat sebelum sampai saat itu. Kita mahu berada di sini kerana Allah, dan juga memahami bahawa tanggungjawab dakwah itu yang akan bawa kita ke syurga. 

Ada yang mengikuti dakwah kerana takutkan dosa, maka beratlah langkahnya kerana merasai beban negatif perasaannya sendiri,
Ada yang mengikuti dakwah kerana mahukan syurga, maka apakah beza dia dengan orang biasa yang mahu juga jejak ke sana?
Namun sesungguhnya ada satu golongan yang mengikuti dakwah hanya kerana mahukan redha Allah, maka bergembiralah dia saat Allah berjumpa dengannya dan membentangkan syurga di depannya. 


Cuma, pada sesiapa yang hendak berubah, ingin berubah, carilah seseorang yang dapat membimbing kita di jalan menuju Illahi. Aku tulis ni  dan kalau rasa aku ni syok sendiri je tulis pasal PEPIAS bukan sebab aku nak promote kalian untuk join persatuan ni. Cuma, aku berkongsi sesuatu yang aku rasa sangatlah baik. Pengalaman yang sangat berharga buat aku.



Dahulu, aku pernah merasakan kegelapan dan betapa jahilnya aku kerana Allah nak aku rasa betapa manisnya aku hari ni tenggelam dalam pelukan cintaNya. Allahuakbar. Hinanya aku, ya Allah.



Allah hantar orang-orang hebat untuk mengingatkan aku, untuk menegur aku. Siapalah aku, memang tak pernah layak pun untuk mendapat kasih sayang orang hebat-hebat sebegini. Sangat tak layak. Tapi Allah sayang sangat kat kita, dan Dia suruh lagi mereka  ni untuk sayangkan kita.


Akhirul kalam, bila hati mula dijentik rasa ingin berubah dan ingin melakukan kebaikan dalam diri, maka, jangan lagi ditangguhkan. Jika kita ingin menangguhkan lagi 23 minit, ingat, nanti bila mana Malaikat Izrail datang, takkan dia bagi 23 minit untuk kita bertaubat kerana tika itu sudah terlambat. Sahabat, aku mohon, jangan biarkan aku berjalan berseorangan  Aku takut, jika hati aku kian melemah kala tangan yang lama berpimpinan untuk menuju ke syurga, terlepas lantaran takdir Allah. Maka teruslah pimpin tangan aku bersama menuju jannah. 


Sekian dari aku, hamba kepada Tuhan Maha Kuat.
1315
050214



Aku tak kuat,tetapi aku bertuhankan Allah yang Maha Kuat. Aku yakin semua akan nampak indah , kalau hati meredhai. kerana yang indah itu ada pada hati yang bersyukur.

Diary About Link Stuff




Template By: Umi Humaira
Big helped: Intan
Owner: Ariffa