Jalan Cerita PMG14 :)
Monday, 3 February 2014 • 21:31 • 5 comments
Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most
Gracious and The Most Merciful.
Assalamualaikum dan salam ukhwah
Aku nak minta maaf sebab kali ni aku nak taip
panjang-panjang. Jadi, kalian harus bersedia dari segi kekuatan otak, mata,
kerongkong, tangan, dan hati.
-MAHASISWA MUKMIN PENERUS HARAPAN UMMAH-
Duhai sahabat, diri ini akan menjadi lebih matang apabila
kita sentiasa dihujani dengan sesuatu pengalaman yang menyeronokkan dan
menyedihkan. Percaya tak? Silaaa laahh percaya.
Apa yang aku terasa ghairah sangat nak taip ni? Haahhh, itu
diaa, PERKAMPUNGAN MENARA GADING 14 yang berlangsung di Kolej Kediaman ke-12,
UNIVERSITI MALAYA. Aku ulang, UNIVERSITI MALAYA. Peeehh. Kau ingat senang ke
nak masuk, lepas tu tido dekat dalam bilik yang hanya punya dua katil dan di
luar punya beranda yang dapat melihat keindahan luar dengan bunyi ambulans tiap
hari. Takpernah kan? Hanya orang terpilih jee kot.
Alhamdulillah, sekali lagi Allah pilih aku untuk ke sana.
Dulu aku peserta PMG12. Kini, aku bekas peserta PMG14. Ramai tanya, asal taknak
jadi sebahagian dalam organisasi? Apa yang mampu aku jawab, aku belum sehebat
sahabat yang lain dan paling penting, aku belum dapat memberi komitmen yang tinggi.
Allahu, air mata, mula bergenang.
Okey, bermula perjalanan aku dari rumah sampai ke Keretapi
Tanah Melayu (KTM) Klang. Waktu tu, pukul 10.30 pagi. PMG yang dulu pun aku
naik KTM. Nampak tak, betapa aku sangat independent. Ceeh. Bajett weyh. Dan
sangat excited nak pergi PMG ni sampai aku rasa aku taknak susahkan sesiapa
hantar aku. Bila kita bersusah payah, barulah aku rasa ada rasa banyak
kemanisan di situ. Letakkan niat semua kerana Allah, Alhamdulillah, perjalanan
aku dengan lagi dua orang sahabat, Ani akila dan Nurul Syahiera, dipermudahkan. Sampai la dekat LRT
Universiti, ada sorang abang ni ambik. Abang Syamim la nama dia dan ada ke
patut dia kata nama aku ‘ANNE’.
Okey, sesampainyaa aku di sana, waktu tu takramai peserta
lagi dan aku pon check-in dalam bilik dan dengan hati penuh debaran, aku
menunggu siapa laahh roommate aku ni. Ekekeeee. Tunggu punya tunggu, akhirnya
ada orang ketuk pintu *toktoktok. Aku buka, wooww dan double wowwow , roommate
aku sampai weyh. Teruja sebab dia dari Sabak Bernam. Nama dia, Nadzirah. Comel
orang nyaa. Aku lagi rendah dari dia walau dia lepasan SPM. Tapi, kira okey la
sebab semalaman jugak dia ingat aku ni pon lepasan SPM. lalalala~
Waktu semua kumpul dalam dewan, abang Muslim mulakan bicara.
Kenal beliau sebab beliau senior sekolah dulu. Lepas tu beliau adalah bekas
ketua asrama. WOW! Heeee J
Lepas tu buat kata-kata semangat, biar kami semua lebih semangat. Lepas tu dia
serah pulak dekat Abang Hazwan. Lepas tu sesi pemilihan penghulu dan
penghuluwati ni aku rasa biasa je sebab aku rasa taksabar siapa lah yang jadi
pemimpin dikalangan peserta yang penting bukan aku penghuluwati ekekeke. Jadi,
aku duduk kedua dari belakang. Nampak la yang aku taknak terpilih jadi
penghuluwati. Okey, tutup cerita pasal pemimpin dikalangan peserta okey.
Aku rasa PMG14 kali ni lain dari yang lain berbanding aku
pergi waktu PMG14, sebab, waktu agih kumpulan tu, kami semua dibagi sampul,
konon-konon tu dapat surat tawaran sambung belajar laa. Berdegup laju jantung
aku, Universiti mana laa yang layak untuk aku ni. Siapa la tutor aku nanti.
Garang tak? Macam mana la rupa dia. Heeee, dan UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA,
milik aku. HAHAHA dan tutor aku, Dr. Muhammad Haidhir Firdaus. Ekkk ^_^.
Macam biasalah, sesi pertama, taksah kalau bukan taaruf kan.
Kumpulan aku dianggotai seorang tutor, 2orang mahasiswa, 7orang mahasisiwi.
USIM ni, bangunan kecik. Jadi, sikit je la penduduknya. Insan bertuah je dapat
masuk USIM. HAHA.
Lainnya PMG 12 dengan PMG 14 ni, apa yang aku rasa, PMG kali
ni, lebih mengingatkan aku tentang betapa penting ilmu dan ikhtilat. Kalau
macam PMG12 tu, aku da banyak lupa la perjalanan programya. Ohhh hah, PMG 12
Cuma 3hari 2malam. PMG14 4hari 3malam. Tu pon aku rasa belum cukup aku kutip
ilmu-ilmu dari kakak-kakak dan abang-abang. Waktu hari Jumaat, bila mana, para
mahasiswa pergi menunaikan kewajiban seorang muslim, kami para mahasiswi pon
ada slot sendiri mengenai “AURAT” Cuma apa yang aku nak cakap, aku yang
sekarang, pemakaian aku yang sekarang, adalah hasil daripada PMG12. Serious aku
taktipu. Aku mula melatih diri pakai stoking. Lepas tu menjinakkan diri pakai
armsock. Bukan mudah, semua perlukan mujahadah. Aku takmalu untuk berkongsi
peerubahan aku sikit demi sedikit lpeas aku join PMG ni. Suka aku ingatkan,
perubahan yang baik selepas program adalah sesuatu yang sangat diharapkan oleh
akak-akak dan abang-abang, bukan semasa program. *aku cakap sambil berlagak
jujur. Aku taktipu taw!
Berbanding dengan PMG12, PMG14 ni, ada slot “Sudut Akademik”
dan “Sudut Kewangan”. Macam-macam yang penceramah tu kongsikan. Pasal diri kita
ni yang remaja nak masuk dewasa. Pasal biasiswa mana yang ada kat Malaysia ni.
Baaynaaakkkk sangat input yang aku dapat. Sekali lagi, bersyukur pada Sang Maha
Khaliq yang memilih aku menjadi peserta PMG14. Allahuakbar.
Alhamdulillah, waktu PMG12, aku dapat tutor, wanita. Dr Mas.
Ni aku dapat tutor, lelaki. Hmmmmm. Tipu aku cakap takrasa kekok. Apa yang
pasti, walau aku dah pernah join PMG , aku sesekali taknak menunjukkan riak
yang aku ni pernah join PMG sebelum ni. Aku taknak tutor nampak aku ni,
bersikap hambar dengan apa yang beliau nak sampaikan. Aku, tetap peserta dan
apa pon ilmu yang diberikan sangat sangat sangatlah bermanfaat. Alhamdulillah,
tajdid niat. Aku rasa seronok ditambah pula dengan sahabatfillah yang baik lagi
comel lagi pandai dan lagi hebat. FARHANA.ALYA.
SITI.FATIMAH.SYAHIERA.NAZRUL.IHWAN.
Bezanya lagi PMG12 dengan PMG14 ni, PMG14 ada slot
“SISWAZANIA”. Apa tu? Apa tu? Hah, dia ni sejenis slot di mana, kami semua
bolehlah bertanyakan tentang kos kos yang kita minat. Macam contoh hari tu, aku
pergi booth Kak Najihah dengan Kak Marwah. Tanya pasal Ilmu Wahyu. Dia banyak sangat. Ada pasal kejuruteraan.
Pasal undang-undang, pasal ekonomi. Banyak laa lagi. Di datangkan pulak
akak-akak dan abang0abang yang mengambik kos yang berkenaan. Lagi la
berkobar-kobar mereka semua nak tanya akak-akak dan abang-abang. Serious,
mereka semua sangat hebat! DEABAK! Pandai sangat. Mohon semua peserta
mencontohi mereka semua.
Pergi pulak cerita untuk Le Tour De Campus “ Cabaran
Mahasiswa Mukmin” aku rasa best tahap petala langit kelapan sebab aku rasa
walau mereka tak rasa, semua checkpoint semua aku boleh kata libatkan ikhtilat.
Sampai aku satu checkpoint tu aku menangis sebab aku dah terjerit sebab nak
selamatkan lilin aku. Yelaa, jari siap kena api sebab ada anasir “jahat” tiup
api tu. Hohoho. Aku rasa Le Tour De Campus kali ni lagi mencabar berbanding PMG
yang lepas. Apa yang best, setiap checkpoint kena ambik gambar dengan yang jaga
chenckpoint tu. Aku? HAHA memang pantangkan bab-bab cenggini.
Alahai panjang sangat ni. Jangan pernah putus asa untuk
terus membaca. Jangan jadi golongan orang melayu yang malas membaca. HAHA.
Seterusnyaa, aku rasa sebak sebab tinggal satu malam je aku
berada di sisi sahabat yang osem. Malam terakhir tu, yang seronok dan tiada
yang seronok melainkan seronok yang aku rasa bila ada satu slot ni lebih kepada
macam kita semua betul-betul ada kat university. Apa tu nama dia. Yang ada
Majlis perwakilan pelajar yang kita suarakan apa yang kurang dekat menteri.
Lepas tu macam dekat ala-ala parlimen tu laa. Kat situ motif dibuat adalah
untukmengajar mahasiswa mengawal emosi dan macam mana cara nak suarakan sesuatu
yang takpuas hati. Bukannya dengan cara baling botol ke. Baling kasut ke.
Baling mercun ke. Maki hamun dengan perkataan &@%#&*#(.
Tiba sudah aku dipenghujung program. Sedih? Suka? Hiba?
Huuh. Aku takdapat nak terangkan macam mana perasaan aku. Kalau dah aku anggap
PEPIAS ni keluarga kedua aku, takkan aku gembira bila nak berpisah? Mestilah
aku rasa nak nagis tapi aku cuba sembunyikan. Aku cuba dan cuba, tapi, sukar,
akhirnya aku tewas juga. Airmata yang aku tahan untuk jatuh, gugur juga
mengingatkan ukhwahfillah yang aku dan sahabatfillah telah bina.
Lepas tu Abang Muzakir (abg k) kumpulkan alumniPMG 9 sampai PMG 13. Huyoohh.
Aku sedikit cemburu tengok sahabat waktu PMG 12 di atas pentas. Yelaa aku di
bawah sebagai peserta PMG 14 dan bekas PMG12. Tapi kalau nak tahu, jauh dalam lubuk hati
aku, aku sangat lah berasa bangga dengan kemampuan mereka hingga hari ini.
Sahabat, moga JannatulFirdaus buat kalian, itu doa aku hamba yang lemah. Yang
jadi Timbalan Pengarah program, Azfar Aziz. Yang jadi setiausaha program, Zirwa
Mh. Yang jadi fasi, Anis Munira, Marwah,(ahli kumpulan PMG12), Asyierah, Farhan Hani, Ahmad Zhafir. Yang jadi Komiti, Najihah al Fateh, Hafiz (Ketua
Kumpulan aku dulu ni PMG12). dan ramai
lagi. Tahniah ! Tahniah! Tahniah! Andai Arwah Ammar ada jalan cerita sendiri, kalian
juga mampu. Allahuakbar.
Okey, dan masa yang aku rasa aku taknak hadapi, tetap jugak
akan aku tempuhi. Majlis penutup ni kalau boleh lambat sikit habis boleh tak? time
tu la aku rasa. Aku takpuas lagi. Tambah seminggu lagi pleaseeee. Merayu ni
merayu. Siapa dapat dengar suara hati aku waktu ni? Takde siapa pon. Tetapi,
ukhwah itu, bertemu kerana Allah. Bersahabat kerana Allah dan berpisah kerana
Allah. Aku redha andai itu ketentuan illahi.
Akhirnya, berakhir lah program Perkampungan Menara Gading 14
ni. Terlalu lalu lalu banyak pengalaman yang aku kutip. Bukan sekadar macam
mana dan apa bidang yang aku nak ambil. Tapi, lebih kepada macam mana aku nak
hadapi ujian aku dekat U nanti denga berhadapan rakan-rakan yang bermacam-macam
perangai. Iman selalu naik turun. Kita diberi pilihan untuk berseronok ketika di universiti. Dua pilihan sama ada berseronok dalam ketaqwaan atau berseronok membabi buta.
Islam agamaku. alQuran dan asSunnah peganganku. Dakwah jalanku.
PEPIAS keluargaku. Syurga, matlamatku.
Saya , selaku penghuluwati PMG14, ingin mohon ampun dan maaf
andai langkah membekas lara. Andai kata merungkai dusta. Andai bahasa menorah duka.
Izinkan saya bersimpuh sila untuk setiap kata yang takterjaga, hati yang
berperasangka, khilaf yang tak disangka. Maaf dari saya, insan yang
taksempurna.
Terima kasih sudi meluangkan masa untuk baca penulisan dari
seorang hamba yang hina pendosa tanpa noktah ini. Berjumpa lagi kita di lain hari.
sekian dari aku, hamba yang masih mencari redhaNya
|
|