Makin Remaja Makin Dewasa Makin Tua
Friday, 6 December 2013 • 21:56 • 0 comments Assalamualaikum. buat semua pembaca. Aku rasa dah lama giler aku takmain taip panjang-panjang macam buat karangan dulu time kat sekolah. Rasa macam dah lama sangat tak kerah otak dok fikir idea nak buat esei panjang panjang sampai tiga empat, lima helai muka surat. *k gaya macam lama sangat tinggalkan sekolah. Bajet kau ariffa!
28.11.13. Tarikh yang aku takkan pernah lupa. Tarikh di mana berakhirnya aku bergelar seorang budak sekolah. Tarikh terakhir aku jawab periksa lagi manis sebab aku jawab sorang-sorang tanpa gangguan rakan sekeliling. Rasa macam nak menjerit MERDEKA sebanyak 2305 kali. Melangkah keluar dewan periksa rasa nak lompat sambil buat joget beruang kutub dan cium pengawas periksa yang jaga periksa dan buat flying kiss kat semua orang.*pengawas periksa yang perempuan la. Okey, Cuma waktu aku nak menapak keluar dari pintu pagar sempat la aku nyanyi lagu Maher Zain tajuk dia, FREEDOM.
Cehh semenjak dah habis sekolah ni sibuk la kawan kawan aku tanya lepas habis sekolah ni nak buat apa. Kerje ke? Duduk rumah tanam anggur ke? Ke jadi penternak lemak paling tegar? Dan soalan yang aku rasa yang paling afdhol dan wajib diorang tanya, ke kau nak kahwin dah? Ok ok, andai jodoh dah tertulis untuk aku tahun depan, aku kahwin. NOKTAH!
Dulu bila sunyi, ada je kawan ajak borak borak, kawan ajak makan dekat DM (dewan makan). kawan ajak nangis sama-sama, gaduh baling-baling air sabun waktu basuh baju lepas tu buat belon guna sabun siapa paling besar dialah yang menang. HAHA! Yela, I’m hostelian beb! Biar kan aku cerita semua tentang sejarah hidup yang manis sebab aku taknak ada aura negative dekat penulisan aku. Aku terasa rindu dengan semua benda. Kalau kat sekolah tu aku selalu kena marah dengan kawan aku bila aku buat salah. Rasa macam adik kena marah dengan kakak tu. Lepas tu minta maaf janji takbuat lagi. Aku jenis orang yang suka main surat-surat, jadi aku minta maaf lalu surat dah tu lipat cantik-cantik. Lepas tu, pantang aku salah cakap sikit, sampai esok takhabis gelakkan aku.
7 tahun aku dekat asrama. Bila nak tidur, nak bangun tidur, mengadap muka kawan. Nak makan mengadap lagi, nak belajar mengadap lagi dan memang kalau takbalik rumah memang aku mengadap kawan-kawan aku. Kalau terbangun lambat ada kawan kejut. Tak pun adik junior yang kejut, time aku jadi junior, akak senior la yang kejut. lepas tu solat dari subuh sampai isyak mesti berjemaah. SEROONOKKKK ! sebab dengan cara ni dapat eratkan ukhwah aku dengan yang lain. Lepas solat tu perkara yang aku wajib buat dekat sesapa yang solat sebelah aku, aku akan buat macam ni, sambil salam cuim pipi kanan, kiri, dan kanan balik lepas tu cakap “saya minta maaf. Uhibukifillah (saya sayang awak kerana Allah)” sebut dari dasar hati paling dalam confirm rasa memang sayang giler taknak hidup jauh dari dia. *ariffa jangan melampau sangat boleh!
Itu cerita yang dah jadi sejarah. Sekarang, bila bangun sensorang. Bila nak tidur pon sensorang. Nak makan kalau aku sorang kat rumah, sensorang. Sumpah aku rindu! *lap air mata jap masuk habuk pulak
Okeylahh. Panjang pulokk lah aku berleter. Mesti sesapa yang baca pon sekerat aje kan. Lama aku simpan cerita ni dalam lubuk hati aku paling bawah. HAHAHA. Nak bebel-bebel dah tak duduk asrama. Takde geng nak ajak borak. so, bebel kat sini la. Usia makin tua, taklayak dah duduk asrama. Terlebih umur dah. k aku da penat nak taip.
SMKA Simpang Lima, aku sudah mula rindukan bi'ah di sana.
lepas ni tukar nama, jadi SMKA Sabak Bernam :)
|
|