Young Caliph
SAHABAT itu CERMIN aku :)
Friday, 13 September 2013 • 07:59 • 0 comments

Sewaktu perjalanan pulang dari sekolah kelmarin, tiba-tiba hati aku jadi sebak. Aku teringat semua cerita yang aku dah pun lakar di bumi SMKA Simpang Lima. Yaaa! Semua dah jadi sejarah. Pada kisah silam itu terselit pengalaman suka dan duka yang menyakitkan, boleh juga jadi yang amat menggembirakan. Apa pun yang terjadi, ia merupakan satu pengalaman walaupun apabila terkenangkannya, sesekali terasa ada tusukan sembilu di jiwa aku.

Aku, hanya insan hina. Hanya insan kerdil berjalan di bumi Allah. Insan hina yang sentiasa memerlukan tuhannya. Insan kerdil yang sentiasa mengharapkan ada seorang sahabat yang dapat pandu aku, bergandingan tangan sama-sama meraih redha Allah untuk menuju Jannah! Yaa! JannatulFirdaus impian aku dan dia, sahabat aku!

Aku sentiasa mengharapkan SAHABAT yang boleh berkongsi cerita tentang kehidupan aku yang adakalanya tenang dan bergelojak kerana dengan ini dapat melapangkan jiwa aku. Serius! Ada keringan pada jiwa aku yang terkadang lembut terkadang keras! SAHABAT yang aku harapkan adalah SAHABAT walau badai  taufan angin rebut sekalipun yang melanda dia sentiasa ingatkan aku dengan Allah. Ya! Allah, tuhan pencipta Alam. Sudahkah aku temukan dengan sahabat itu?

Aku sebagai seorang hamba sama juga seperti mereka yang lain tidak mahu menyentuh tentang kesempurnaan. Semua sedia maklum bahawa, tiada yang sempurna di atas planet bumi ni. Hidup penuh cacat cela. Apa yang pasti, ketidaksempurnaan itu Allah tidak ciptakan dengan sia-sia kerana di sebaliknya terselindung kelebihan diri. Aku bukan mencari sahabat yang betul-betul sempurna. Cukup bila aku teringatkannya, melihatnya dapat mengingatkan aku dengan tuhan yang maha mengetahui apa yang hambanya tidak tahu. Cukup jadi cerminan untuk aku. 

** sahabat ini, hanya satu dalam dunia. ALLAH, lindungi insan yang aku sayang ini kerana dia sahabat tiada ganti.

bila jiwa terpisah, hanya doa yang menjadi pendekat” 

:: Siti Hazwani binti Tamin. kakak, jangan lupa kirim doa untuk aku :)







Aku cemburu melihatnya kerana dia nampak solehah. Aku juga ingin menjadi sepertinya. Maka, sahabat ini, anak kunci kepada kebaikan yang sedang aku lakukan. Berusaha untuk menjadi anak yang solehah. Melihatnya solehah, aku juga ingin solehah sepertinya. Nilah yang di katakana, kawan kita cerminan kita.

Terkadang tegurannya terkesan di hati. Niat yang baik menegur. Aku ambil teguran itu, semat diingatan.




“sahabat yang baik adalah sahabat yang tidak boleh duduk diam apabila melihat kita melakukan hal yang salah”



*dalam apa jua keadaan, aku perlukan dia. Dia juga perlukan aku. Sahabat, semoga semuanya kuat!


Bila aku mahu lakukan sesuatu hal yang salah, lantas hati ini berasa malu. Kenapa terjadi sebegini? Kerana mereka ini, sentiasa mahukan yang terbaik untuk diri mereka. Terbaik di mata Allah. Yaa! Tuhan yang meciptakan apa yang ada di langit dan di bumi..


Add caption
Allah itu sentiasa ada. Aku inginkan ketenangan. Mari kita berpimpin tangan saling bantu mengingati Allah. Abaikan apa orang nak kata pada kita. Selagi kita lukis kehidupan kita mengikut tema yang Allah nak, kita teruskan melukis hingga diakhirnya, khusnul khatimah . Allah, kekalkan kemesraan hati kami. Limpahkan kami dengan cahaya rabbaniMu yang takpernah padam dan lapangkan dengan iman.




Aku mengharapkan mereka dalam tiap detik masa yang aku lalui.
Sekadar impian aku. Tidak mungkin jadi. Sahabat ini ibarat baja yang sering diperlukan oleh bunga. Aku, dahagakan nasihatnya. Aku haus dengan semangat dan kekuatannya. Doakan aku dari jauh, sayang !

sempena 130913 ni, buat ..PUT yang jauh di daerah sana, SANAH HELWAH. moga Allah redha.








Aku tak kuat,tetapi aku bertuhankan Allah yang Maha Kuat. Aku yakin semua akan nampak indah , kalau hati meredhai. kerana yang indah itu ada pada hati yang bersyukur.

Diary About Link Stuff




Template By: Umi Humaira
Big helped: Intan
Owner: Ariffa