Young Caliph
Allah Berilah Hidayah kepada Kami yang Hina
Tuesday, 6 August 2013 • 20:30 • 2 comments

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum :)

Sedang aku berdiri perhati saudara saudara seislam sedang memlilih baju raya, tudung raya dan semualah serba raya kat pasar, sempena hari raya akan tiba esok jee ni, tetiba aku terfikir.
"kenapa perempuan ni kena menutup auratnya?"

balik je dari pasar aku terus dapatkan jawapan.  jom! kita perhati satu persatu wahai hawa - hawa sekalian. Terkadang aku jadi hairan, macam mana sesetengah hawa tu boleh dedahkan sana sini. yang pakai ketat sendat dan padat yang serupa macam tak pakai apa cuma nak menutup kulit je kot! takut kulit jadi hitam legam!

 Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan,
maka perkara pertama yang akan dilihatnya
ialah RAMBUT wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai-bagai cara
oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
 Oleh kerana itulah
wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup,
maka mata lelaki itu akan turun ke bawah
melihat bentuk LEHERnya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk PAYU DARAnya,
maka wanita itu 
berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan meLABUHKAN TUDUNGnya.



Setelah itu mata lelaki
akan turun lagi melihat
bentuk RAMPING PINGGANGnya,
maka labuhkanlah pakaian
supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya.

maka mata lelaki itu akan melihat pula
akan bentuk PUNGGUNGnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan,
dan lelaki itu akan pula melihat BENTUK PAHAnya,
maka JANGANLAH sesekali wanita itu
memakai kain yang agak ketat sehingga
terlihat bentuk pehanya walau sedikit.

maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
BENTUK KAKInya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar,
kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,
walau muslimah itu bertudung labuh,
berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,
walau nampak besar sedikit,
nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan,
entah tak tahu
Kenapa?

Mata lelaki ini nakal,
setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk
menolong lelaki itu tidak berdosa,
menutup kakinya dengan melabuhkan kain,
atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah,
agar melabuhkan tudung
menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah,
kecuali jika kamu wahai lelaki,
ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup solehah,
takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini
ada satu lagi jenis penyakit,
iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan
jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Di sini aku bukan nak ingatkan untuk kalian aje. Tapi, untuk diri aku jugak yang terkadang lalai dan termakan dengan tipu daya syaitan laknatulah. Kita ni sebgai hamba, ikut aje syarat yang Allah dah bagi kat kita. InshaAllah. Selamat dunia dan akhirat. ITU JANJI ALLAH.. semoga Allah tidak putus dalam memberikan kita hidayah dan rahmatNYA :) 


Doa aku, semoga aku, kau, dan mereka menjadi wanita lidungan ALLAH :)
*aminkan doa ni

wallahualam. sekian terima kasih. :)

SELAMAT MENYAMBUT HARIRAYA AIDILFITRI






Aku tak kuat,tetapi aku bertuhankan Allah yang Maha Kuat. Aku yakin semua akan nampak indah , kalau hati meredhai. kerana yang indah itu ada pada hati yang bersyukur.

Diary About Link Stuff




Template By: Umi Humaira
Big helped: Intan
Owner: Ariffa